
Ramai yang bertanya tentang khasiat minum jus XanGo ini. Jadi, saya tuliskan disini pengalaman saya sehingga saya mendaftar menjadi ahli dan seterusnya menjadi pengedar bebas XanGo.
Saya seorang ahli perniagaan. Oleh kerana kesibukan tugas dan tidak menjaga pemakanan dengan baik, kesihatan saya sering terganggu. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya sering berjumpa doktor untuk pelbagai penyakit yang saya hidapi, tetapi alhamdulillah tiada yang kronik. Namun, saya tahu yang tubuh saya perlu diberi nutrien pemakanan yang sempurna.
Sejak 2-3 tahun lepas, saya mula mengambil suplemen tambahan yang dibeli dari farmasi sekitar Kuala Lumpur. Saya agak kritikal terhadap suplemen tambahan kerana harganya antara RM80-200.00, jadi ia perlu memberi pulangan yang saya harapkan, keduanya saya hanya membeli suplemen yang telah lama dipasaran atau yang telah diterima oleh arus perdana. Selain itu, madu juga jadi kegemaran saya, Madu talang, Madu Yaman semua best. Saya kurang berkeyakinan terhadap produk baru kecuali saya yakin sumbernya.
Satu hari saya terbaca risalah XanGo yang di kepilkan diakhbar ketika sedang minum pagi disebuah restoran. Oleh kerana saya tertarik dengan produknya, saya telah menghubungi pengedar tersebut dan membeli sebotol daripadanya. Ketika ditunjukkan botol tersebut, saya terkejut kerana botol XanGo mempunyai bentuk yang sangat menarik. Saya terlibat dengan ‘Advertising’, jadi apabila terlihat botol tersebut, saya tahu syarikat yang mengeluarkannya bukan sembarangan syarikat. Saya bersetuju untuk mencubanya.
Setelah beberapa hari menggunakanya, saya dapat merasakan perbezaannya, tekak saya yang biasanya sakit dan bengkak serta batuk menunjukkan perubahan. Tidak sakit, tidak bengkak dan tidak batuk. Agak memeranjatkan juga apabila masalah sinus saya dimana hidung sering tersumbat dan berair tiba-tiba menjadi lega.
Saya ada penyakit ‘Ghout’ tetapi terkawal, selepas beberapa hari sendi-sendi saya kurang sakit dan lega. Jika sebelum ini sukar ketika tahyat akhir, saya mampu melakukan dengan sedikit selesa.
Saya juga menghadapi masalah tidur diwaktu malam dan sukar bangun pagi. Namun saya dapati kesenangan dan mudah untuk bangun pagi. Kadang-kadang bangun awal dari biasa pula, sampai pejabat jam 7.00 pagi (awal bagi saya)
Seperkara lagi, yang mengejutkan saya adalah tahap penerimaan tekanan saya berubah. Saya banyak tekanan kehidupan dan perniagaan dan sentiasa kurang ceria atau dalam depresi. Selepas pulang Umrah bulan April 2009, tekanan ini boleh dihadapi dengan baik, cumanya sewaktu mencuba jus manggis ini saya agak pelik kerana tekanan yang datang seharian boleh diatasi dengan senyuman menguntum. Pelik… Alhamdulillah.
3.150456
101.749982